Cari Sampai Dapat: Thayers Rose Petal untuk yang berkulit sensitif


Pada tahun lepas(dalam blog lama), aku ada bagitau produk ni antara produk yang aku ‘cari sampai dapat’. Sekarang nak bagitau yang produk ni dah nak habis. Jadi, rasanya sesuailah jugak kalau nak kata produk ni masih lagi dalam kategori ‘cari sampai dapat’ sebab agak susah nak dapatkan stok dia.

Sebenarnya dalam banyak-banyak produk penjagaan wajah, toner merupakan antara ‘least favorite skincare’ memandangkan kulit aku yang sensitif ni memang alah dengan alkohol. Susah nak jumpa toner yang takde alkohol dan takde bau yang kuat. Aku tertarik nak cuba toner ni sebab selalu nampak ramai orang yang berkulit sensitif mesti ada toner ni dalam simpanan diaorang. Disebabkan aku ni semakin berusia(rasa tua sangat pulak bila tulis ayat ni), thayers rose petal menjadi pilihan yang utama sebab dia takde alkohol dan sangat sesuai untuk menghilangkan kedutan(argh… mmg dah tua haha!).

Dalam banyak-banyak review tentang toner jenama Thayers ni, ramai bagi review yang sangat² best tentang toner Rose Petals dan ramai yang kata ‘inilah toner yang paling best dan tak boleh tinggal'(pergh.. dasyat). Toner Thayers ni ada banyak jenis tapi yang original baunya tak sedap langsung walaupun best dipakai. Ada jugak yang kata jangan ambil yang jenis ‘astrigent’ sebab toner yang ni ada alkohol dan sangat tak sesuai untuk orang yang berkulit sensitif.

Macammana nak pakai toner ni? Aku pakai macamni:

  1. Basuh muka dengan cetaphil.
  2. Ambil kapas muka.
  3. Letak toner sampai kapas basah.
  4. Cabut kapas sehelai demi sehelai(biasanya dapat dalam 4 helai) dan tekap kat dahi, 2-2 pipi dan bawah bibir.
  5. Biarkan selama 3 minit(jangan lebih!).
  6. Sapukan seluruh muka dengan kapas tadi(akhir sekali sapu telinga).

Bila rasa malas melanda, aku lap je terus kapas tu kat muka tapi cara yang disebutkan kat atas tadi lagi terasa kesan dia. Muka terasa segar dan bersih(walaupun musim panas). Kedut tu aku tak sure pulak… rasanya nampak macam sama je. Tapi yang paling penting, orang yang berkulit sensitif takde masalah pakai produk ni.

OK, produk ni biasanya dalam harga RM50 ke atas. Disebabkan botol dia besar, boleh pakai sampai habis dalam 8 bulan-11 bulan. Setakat ni jumpa orang jual online saje… belum pernah jumpa kat kedai-kedai kat luar(kalau ada, tolong bagitau). OK, itulah kisahnya setakat ni. Jumpa lagi 🙂

  • Ida Mia

    Kena cari gak ni.. aku ada mslh kulit n nk mintak tips dr ko… nnt sng2 aku wasap ko eh.. 😉😉

    • Fadz

      Kulit aku sekarang bila tak pakai banyak benda(pakai cetaphil dan toner ni je) dia nampak ok…
      Bila aku start tambah produk muka, mulalah ada masalah…
      Kadang-kadang tak pakai apa-apa pun dia jadi bertambah ok…