Tips Jahitan: Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Penetas (Seam Ripper)

Tips kali ini memang khas dibuat untuk ‘beginner’ iaitu orang yang baru sahaja belajar menjahit. Bagi orang yang dah lama menjahit, mungkin rasa video diatas ni tak membantu sangat kot. Harini kita akan belajar tentang penetas atau lebih dikenali sebagai ‘seam ripper’.

‘Seam ripper’ adalah alat yang penting untuk membuka jahitan yang dah dijahit. Biasanya, bila kita tengah syok menjahit sampai siap, baru kita sedar yang kita dah buat kesilapan besar yang memerlukan kita membuka jahitan kita tadi. Sebab itulah ‘seam ripper’ ni tersangatlah penting dan antara alat yang MESTI disediakan sebelum kita mula menjahit.

Sebenarnya terdapat pelbagai petikan ayat berkenaan penetas ni yang menunjukkan betapa pentingnya ‘seam ripper’ ni dan kita jangan pandang rendah padanya:

 

 

Gambar diambil dari Pinterest dan di SINI

Petikan ayat diatas boleh dikatakan benar sama sekali. Memang naik gila rasanya bile penetas ni tiba-tiba menghilangkan diri. Saya sendiri ada 5 penetas dan memang betul… bila satu tu hilang, yang lain akan ikut hilang sama. Kalau dah jumpa, kita kena tarik nafas secara perlahan-lahan dulu supaya otak kita tak berserabut(iyelah, tadi dah jadi ‘gila’ sekejap). Biasanya kita akan rasa ‘down’ sangat² bila dah buat kesilapan. Kadang-kadang nak pakai penetas ni je memerlukan masa yang lama terutamanya kalau jahitan kita tu halus dan dah dijahit dari atas baju sampailah ke akhirnya.

Dari video diatas, sebenarnya ada satu lagi benda yang saya tak tunjukkan iaitu:

Gambar dari sewlicioushomedecor

Setiap penetas mesti ada bebola merah ni. Bebola ni digunakan untuk mempercepatkan bukaan jahitan dan kena guna secara berhati-hati supaya kain tu tak terkoyak.

Penetas yang bagus biasanya sangat tajam dan harganya agak mahal. Sebenarnya agak berbaloi bila kita keluarkan duit lebih kat penetas yang berkualiti. Penetas yang murah ni biasanya tak tahan lama dan saya pernah beli tak sampai sebulan, pemegang dia dah patah. Kalau tak patah pun, kemungkinan besar pisau penetas akan cepat tumpul. Penetas yang mahal biasanya akan tajam sampai bila-bila.

Komain lagi suruh orang lain beli penetas yang mahal tapi saya sendiri pun takde penetas macamtu. Sekarang masih mencari kat mana nak beli penetas yang berkualiti tu.

Korang pernah beli penetas yang berkualiti yang boleh dipakai bertahun-tahun dan tak tumpul²? Kalau ada, tolong bagitahu beli kat mana ye. Terima kasih 🙂

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge