Tudung yang mudah dibawa ketika travel


Sebelum pergi Jepun haritu, aku sibuk mencari tudung yang tak payah digosok sebab aku rasa malas betul nak menggosok tudung bila kat sana. Nak cari tudung empat segi, kain yang berkenan semuanya kena digosok. Nak pakai tudung instant, dah plan pulak nak pakai dalam kapal terbang je. Nak pakai instant shawl, majoriti kain chiffon pulak. Nak taknak aku kenalah cari selendang dan akhirnya… jumpa!

 

Aku taktaulah nama selendang ni apa… paling senang kita panggil je selendang yang tak payah gosok, Boleh dikatakan selendang ni lah yang paling kerap dipakai masa kat sana. Dahlah bawa sehelai je, memang warna tu jelah yang aku pakai. Selendang yang lain ada tapi selendang yang ni jugaklah yang aku paling berkenan(tengok gambar sebagai bukti!)…

 


 

Selendang ni jenis segi empat tepat… takde curve, bukan halfmoon tapi hanya selendang biasa. Saiz dia agak lebar tapi tak besar sangat dan tak kecil sangat. Kain dia jenis kain cotton + linen… jadi, kain dia lembut(tapi mudah dibentuk) dan selesa dipakai.┬áDari dekat, rupa kain dia macam ni… nampak ‘cozy’, kan.

 

Selendang ni pun boleh dipakai dalam pelbagai ‘style’.

Baru-baru ni, aku buat online store baru untuk menampung pembelanjaan blog ni di masa akan datang. Kalau korang berkenan dengan selendang ni, jenguk-jenguklah online shop aku tu ye. Untuk selendang ni harga dia RM40 untuk 3 helai selendang seperti ditunjukkan diatas(Rm15 kalau beli sehelai). Semuanya baru dan bukan ‘preloved’… aku punya sehelai je warna oren(takde dalam gambar). Ok kot gabungan warna yang aku letak tu ­čśÇ

P.S: Jangan ambil gambar┬▓ ni tanpa kebenaran. Terima kasih.

Follow my blog with Bloglovin