Update Tentang Dress Pertama yang Dijahit Tangan

Baru-baru ni akak ipar hantar sebuah gambar…

Mungkin ada yang teringat ada satu entri blog yang saya tulis pada tahun lepas “Selepas 2 tahun, apa dah jadi dengan dress jahitan pertama tu?” yang menceritakan tentang dress pertama yang dijahit tangan(handmade). Selepas membuat entri blog tersebut, saya selalu juga bertanya khabar pasal dress tu setiap kali jumpa kak ipar(nasib baik kak ipar tak bosan melayan). Kak ipar kata dia simpan dress tu dulu sebab kena tunggu si ‘baby’ umur 2 tahun lebih(dress tu untuk umur 2 tahun tapi saiz US).

Gambar ni masa baby baru berumur seminggu. Tahulah gembira sangat dapat anak buah baru tapi… haruskah buat baju untuk budak berumur 2 tahun sedangkan baby baru je seminggu melihat dunia? haha! Apa yang best pasal baby ni, semakin dia membesar, memang boleh nampak dia memang jenis suka melaram. Perasan tak gambar kat atas sekali tu dia pakai sesuatu kat kepala dia. Mak dia kata dia sendiri yang pilih benda tu dan boleh dikatakan hari-hari dia pakai. Korang belum tengok lagi dia pegang ‘compact powder’, sekali tengok sebiji macam stail ‘beauty creator’ kat youtube.

Bila tahu dia suka bergaya sebenarnya itu adalah satu bonus. Jadi, bolehlah fikir nak buat baju yang ‘awesome’ untuk baby lagi.

 

Disebabkan ini adalah dress yang pertama, banyak kesilapan yang saya dah buat. Antara kesilapannya ialah:

  • Menggunakan kain satin(lining)- Kalau korang ‘beginner’ dalam bidang jahitan, jangan mulakan kain yang licin untuk dijahit. Pada waktu ni memang tak dinafikan sangat mencabar nak menjahit kain satin dan untuk memudahkan kerja, saya jahit tangan. Dua hari jugaklah nak siapkan semua!
  • Mengikut satu saiz pattern sepenuhnya- Disebabkan saya jarang berjumpa dengan baby sekeluarga, susah jugak nak pastikan saiz dia yang sebenar. Baru-baru ni saya belajar di buku jahitan setiap pettern perlu mengikut ukuran badan yang betul. Contohnya, mungkin bahagian badan saiz S tapi kat lengan lebih sesuai ikut saiz M.

Nak menjahit ni kita tak perlu takut nak buat silap. Sebab banyak buat silaplah, yang itulah yang buat saya banyak belajar. Terima kasih sebab sudi membaca blog yang tak seberapa ni.

Sharing is caring!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge